PB-LATIHAN AMALI 1
LAPORAN ADVANCED MAKEUP
TEMA: SWEET FLORAL+LUKA
NAMA:LIZAWATI BINTI SHAARI
NO MATRIK:A06STK21F501
TAJUK:LATIHAN AMALI 1
NAMA PENSYARAH:PUAN SITI NUR AIMA BINTI MOHD FAUZI
Pengenalan
Salam sejahtera untuk para pembaca laman blogger sekalian.Saya akan menulis sedikit penerangan secara ringkas bagi melakukan solekan ke atas muka dengan dua tema dalam masa yang sama.Tema kali ini ialah floral dan luka.Seperti biasa saya akan memulakan dengan merangcang solekan yang sesuai dia atas lukisan kertas terlebih dahulu seperti yang saya lampirkan di dalam penulisan laporan saya ini.
FACE CHART
Selepas selesai membuat solekan ke atas face chart,bolehlah kita mulakan terus ke atas wajah model mengikut solekan yang telah kita rancang diatas face chart tadi.Disini saya lampirkan gambar wajah sebelum solekan sehinggalah lampiran gambar selesai solekan mengikut tema yang dirancang.Terlebih dahulu ingin saya maklumkan,saya akan memulakan dengan solekan floral pada bahagian separuh wajah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan solekan luka pada wajah pada sebahagian lagi permukaan wajah.
Untuk solekan floral 3D seperti biasa anda perlu prep wajah terlebih dahulu diikuti dengan sapuan foundation.Setelah itu anda bolehlah memulakan gambaran floral yang telah anda rancang diatas face chart terlebih dahulu.Disini saya senaraikan bahan bagi lukisah pada wajah.
Bahan dan alatan:
Berus yang sesuai untuk lukisan wajah.
Warna Pilihan
Warna Putih
Air(untuk membersihkan beruas)
Kain Bersih
SEMASA
Untuk solekan luka,wajah perlu di ratakan dengan pelembab diikuti dengan sapuan foundation selepas 5 minit hingga 8 minit anda selesai ratakan pelembab.Seterusnya bolehlah di mulakan dengan solekan luka.Bahan yang di perlukan untuk solekan luka ialah:
Bahan dan alatanya:
Berus.
Putih telur.
Kertas tisu.
Stipling sponge.
hair dryer.
Soft Putty (campuran vaseline, tepung dan foundation berwarna gelap)
Darah (campuran kopi dan sirap merah)
Setelah selesai prep wajah,anda bolehlah mula solekan anda dengan meratakan warna effect di atas permukaan wajah agar kelihatan lebam dan cedera.Disini saya lampirkan gambar langkah bagi mendapatkan effect lebam dan cedera seperti yang di kehendaki.
SEMASA
Seterusnya,tisu yang telah di keronyok dan di koyak menggunakan tangan pada bahagian keliling tisu mengikut saiz tisu yang dikehendaki perlulah dilekatkan pada pemukaan bahagian kulit yang anda ingin tempatkan kawasan luka seperti yang telah dirancang pada face chart tadi terlebih dahulu dengan menggunakan putih telur sebagai bahan pelekat dan meratakanya dengan menggunakan berus.Kemudian anda perlu mengeringkan tisu tadi menggunakan alatan hair dryer seperti yang digambarkan di dalam gambar yang saya lampirkan di bawah bagi mengurangkan kelembapan tisu tersebut.Setelah siap,warnakan effect lebam sekali lagi atas permukaan tisu tadi.
Kemudian tampal soft putty untuk mendapatkan effect kulit asli.Perlu diingatkan,diatas soft putty juga anda perlu menampakan permukaan lebam juga.Gunakan alatan untuk menampakan kesan luka diatas soft putty setelah selesai melekatkan soft putty diatas permukaan tisu tadi.
SEMASA
GAMBAR BAHAGIAN FLORAL+LUKA
GAMBAR BAHAGIAN LUKA
GAMBAR BAHAGIAN FLORAL
Kesimpulan
solekan floran dan luka ini perlu dilaksanakan dengan berperingkat samada memulakan dengan solekan floral terlebih dahulu atau solekan luka.Dari segi bahan dan alatan adalah berbeza.Antara bahan solekan luka iaitu soft putty dan darah adalah hasil diy saya kerana ia menjimatkan kos berbanding membeli bahan siap di pasaran.Mungkin ini sedikit rumut bagi anda yang belum terbiasa dengan solekan ini,namun bagi yang sudah mahir dan faham ia adalah perkara mudah,
Bebeza dengan solekan lukisan floral.Ia lebih mudah dilaksanakan berbanding dengan solekan triller seperti solekan luka,.Mungkin anda boleh membiasakan diri dahulu dengan solekan floral mahupun solekan triller diatas face chart terlebih dahulu sebelum memulakanya diatas wajah model anda.Selamat mencuba.




.jpg)



Comments
Post a Comment