LATIH TUBI-floral brush stroke


Pengenalan

Face painting atau face art ataupun disebut juga sebagai lukisan di atas muka,adalah satu seni lukis yang unik di mana ia juga sama seperti kebiasaan bagi kita untuk melukis di atas kertas atau kanvas.Tetapi kali ini untuk face art ianya dilukis di atas wajah individu itu sendiri. Face painting atau face art ini boleh dikatakan seperti tattoo.Namun perbezaan diantara face painting make up dan tattoo ini adalah,face art tidak kekal dan boleh dibuang serta merta. 

    Untuk langkah awal face art,kita perlulah merancang lukisan kita diatas lukisan wajah(face chart),Ia seperti yang saya lampirkan disini sebagai panduan anda.

Seterusnya selepas anda selesai melakukan lukisan kertas (face chart), disini saya akan perkenalkan pula kepada anda langkah-langkah awal sehingga ke akhir bagi melakukan lukisan diatas kulit wajah dengan lukisan bunga yang sangat mudah dan ringkas.Di sini saya mulakan dengan wajah asal sebelum di aplikasikan dengan asas solekan wajah. 

SEBELUM  


Setelah anda mengaplikasikan asas solekan ke atas wajah,bolehlah anda memulakan lukisan wajah(face art)atas wajah seperti yang anda rancangkan diatas kertas lukisan wajah(face chart).Disini saya lampirkan gambar hasil selepas lukisan di aplikasikan di atas wajah sebagai rujukan.
SELEPAS




Sebagai percubaan bagi memulakan lukisan face art terus ke atas wajah model anda boleh juga mempraktikan dahulu lukisan anda ke atas muka model patung seperti yang saya lakukan.

 
Kesimpulan
Kebiasaanya warna atau produk yang digunakan adalah berasaskan air dan bukan minyak serta ianya adalah harus bahan khas untuk lukisan di atas muka.Diharap dengan pembentangan saya ini dapatlah di jadikan panduan anda untuk mencuba lukisan wajah dan saya mencadangkan anda supaya anda memulakan dengan lukisan yang mudah dan ringkas.Selamat mencuba. 

Comments

Popular posts from this blog

MALAY WEDDING CULTURE MAKEUP LOOK(LATIHAN AMALI 3)

LATIH TUBI(Kesan Torehan)

LATIH TUBI -kelopak bunga