PROJEK(SMOKEY DRAMATIC MAKEUP LOOK)
LAPORAN SOLEKAN
TEMA:SMOKEY DRAMATIC MAKEUP LOOK)
PENGENALAN
Tema solekan smookey dramatic look adalah solekan ke arah dramatik.Ini kerana selekan ini menampilkan solekan yang memainkan warna yang lebih menonjol serta menampilkan watak anggun seseorang yang menggayakan solekan ini.Solekan ini menampilkan penggunaan eyeliner yang berwarna hitam dengan sapuan yang lebih tebal dan menonjol pada bahagian hujung mata.
Penggunaan pembayang mata yang berwarna gelap menambahkan lagi watak anggun seseorang model yang menggayakan hasil solekan ini.Ditambah dengan penggunaan bulu mata yang lebih tebal mengikut kesesuaian model itu sendiri.Pipi di sapukan dengan warna coklat kemerahan serta di naikan dengan bayangan shading di bahagian pipi supaya bahagian tulang pipi kelihatan lebih timbul.
Serlahkan lagi dengan shading di bahagian hidung dan di sapu dengan highlighter supaya batang hidung nampak lebih mancung.Bibir pula disapu dengan gincu jenis mate yang berwarna menawan seperti unggu dan merah.
Jangan lupa tamatkan solekan dengan setting spray agar solekan kekal dan tahan lebih lama.
SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
Untuk mendapatkan smokey eye yang sempurna,bersihkanlah sekitar mata dan berikan moisturiser yang dapat membuatkan solekan menempel dengan sempurna.Selain itu kelembapan kulit yang terjaga juga akan menciptakan warna yang lebih natural.
Penting untuk pastikan anda menggunakan highlighter,pembayang mata yang gelap,eyeliner dan mascara.Selamat mencuba.








Comments
Post a Comment