LAPORAN BASIC MAKEUP
LAPORAN BASIC MAKEUP
TEMA:SOLEKAN PENGANTIN(CUT CREASE)
NAMA:LIZAWATI BINTI SHAARI
NO MATRIK:A06STK21F501
TAJUK:WEDDING MALAY CULTURE
NAMA PENSYARAH:PUAN SITI NUR AIMA BINTI MOHD FAUZI
PENGENALAN
Untuk solekan kali ini saya akan mengenakan solekan cut crease yang sesuai di gayakan untuk pengantin atau Raja Sehari dalam sebuah persandingan.Seperti biasa bahan dan alatan yang digunakan adalah sama seperti solekan-solekan biasa yang lain,bezanya untuk solekan cut crease ini, sedikit teknik yang di tambah semasa mengaplikasikannya di wajah untuk menampakan kelainan.
Di tekankan pada bahagian mata perlu di mulakan dengan pembayang mata yang di sapu dengan sapuan yang sedikit tebal.Mungkin ada boleh memilih warna yang lembut dan tidak semestinya anda perlu memilih warna hitam atau gelap sahaja.Terpulang pada anda untuk memilih warna lembut,namun perlu di ingatkan untuk anda, supaya anda meratakan pembayang mata anda sehingga warna pembayang mata anda kelihatan gelap.
Dalam masa yang sama juga, anda perlu ingat agar anda tidak meratakan pembayang mata tadi sehingga terkena bahagian kening,kerana di bahagian pangkal atas arah bulu kening,anda perlu menampakan sapuan anda nipis dan lembut.Dicadangkan,pada bahagian ini anda sudah boleh menukar warna pembayang mata yang lebih lembut dari sebelumnya.
Setelah selesai anda boleh mula melakukan teknik cut crease iaitu dengan menyapukan sedikit foundation cream atau liquid foundation di bahagian kelopak mata untuk mendapatkan garisan kelopak mata untuk di kenakan foundation bagi menghasilkan cut crease.Berhati-hati kerana anda perlu mematikan cut crease di bahagian hujung mata dengan lembut supaya hasilnya akan nampak lebih natural.
Seterusnya,selepas selesai, anda perlulah meratakan bahagian cut crease dengan compack powder atau pembayang mata yang berwarna lebut atau warna tanah.Tujuanya adalah untuk memastikan cut crease tadi tidak basah dan terkena pada bahagian lain nanti.Selain itu, di ingatkan ketika menyapu bahagian cut crease pastikan garisan pemisah antara cut crease dan pembayang mata tidak hilang.
Untuk menampakan solekan cut crease lebih cantik dan ayu,bolehlah di tambahkan sedikit pembayang mata yang berwarna sedikit keemasan dan berkilau.Pada garisan pemisah tadi bolehlah anda menyapukan liquit glitter untuk menyerlahkan lagi hasil dua tona warna cut crease anda.
Akhir sekali jangan lupa selesaikan solekan anda dengan menyapu eye liner dan meletakan bulu mata tambahan untuk hasil yang menampakan kelainan dari wajah asal pengantin.
GAMBAR LAPORAN
SEBELUM
SEMASA







Comments
Post a Comment