DEWI MAKEUP LOOK

 LAPORAN BASIC MAKEUP 

TEMA:DEWY MAKEUP LOOK

NAMA:LIZAWATI BINTI SHAARI

NO MATRIK:A06STK21F501

TAJUK:DEWI MAKEUP LOOK

NAMA PENSYARAH:PUAN SITI NUR AIMA BINTI  MOHD FAUZI

PENGENALAN

Sempena perayaan hari raya aidilfitri kali ini, saya akan menerangkan tentang topik tema solekan Dewy yang sesuai untuk di gayakan pada perayaan aidilfitri kali ini. 

Solekan ini adalah sesuai dengan semua jenis kulit.Namun bagi mereka yang memiliki kulit wajah yang berjerawat,anda perlulah berhati-hati ketika mengenakan highlight di bahagian berjerawat.Ini kerana kesan sapuan highlight mampu membuatkan jerawat anda akan kelihatan lebih jelas.Untuk mereka yang memiliki masalah kulit wajah berjerawat,anda boleh memilih untuk mengelakan dari menyapu highlight di bahagian berjerawat.

Disini saya akan memberikan cara solekan serta gambar hasil solekan bertemakan Dewy ini agar menjadi panduan atau contoh untuk anda mendapatkan hasil solekan Dewy ini nanti Mungkin juga anda boleh mengaplikasikan solekan mengikut cara dan keselesaan anda. 

Baiklah untuk cara solekan ini seperti biasa,anda perlu meratakan asas solekan bermula dari pelembab hingga sapuan bedak ke wajah anda.

Seterusnya anda boleh meneruskan dengan sapuan pembayang mata dengan memilih rona warna yang lebut atau warna asas mengikut kesesuaian tema.Perlu di ingatkan,solekan ini adalah untuk tema hari raya yang mana anda berada di dalam situasi yang sibuk tidak kira anda sebagai tetamu atau pengunjung mahupun sibuk di dapur.Yang pasti,anda harus mementingkan keselesaaan dalam menggayakan solekan anda pada perayaan nanti. 

Seperti biasa,anda belehlah terus mengaplikasikan maskara,membentukan bahagian kening agar nampak lebih kemas.Anda juga boleh meletakkan bulu mata yang kelihatan natural mengikut keselesaan anda.Ratakan pemerah pipi yang berwarna lembut seperti pink,gincu yang berwarna nude atau pink yang di tambah dengan sapuan golss.

Di akhir solekan anda bolehlah mengaplikasikan highlight di bahagian yang kelihatan menonjol menggunakan jari sahaja, seperti di bahagian tulang pipi,tulang dahi di bahagian atas hujung kening anda,batang hidung serta bahagian atas bibir anda.

Sekarang anda sudah siap dengan solekan Dewy untuk beraya bersama-sama para tetamu,sanak saudara serta sahabat handai  anda. 

GAMBAR LAPORAN

SEBELUM


SEMASA





SELEPAS







KESIMPULAN

Di akhir nota saya ini,ingin saya maklumkan bahawa solekan Dewy ini tidaklah hanya terhad untuk anda gayakan pada hari raya aidilfitri ini sahaja,anda juga boileh untuk menggayakanya pada majlis-majlis lain.Mungkin juga anda boleh menggayakan solekan ini untuk anda hadir ke mesyuarat atau ke tempat kerja malah ke majlis minum petang.Selamat mencuba. 




Comments

Popular posts from this blog

MALAY WEDDING CULTURE MAKEUP LOOK(LATIHAN AMALI 3)

LATIH TUBI(Kesan Torehan)

LATIH TUBI -kelopak bunga