LATIHAN AMALI 2(COOPER GLITTER)
LAPORAN BASIC MAKEUP
TEMA:COOPER GLITTER
NAMA:LIZAWATI BINTI SHAARI
NO MATRIK:A06STK21F501
TAJUK LAPORAN:LATIHAN AMALI 2(COOPER GLITTER)
NAMA PENSYARAH:PUAN SITI NUR AIMA BINTI MOHD FAUZI
PENGENALAN
Glitter bermaksud "bersinar" dan "gemerlapan",namun bagaimana piula cara untuk anda menggayakannya di dalam solekan?Untuk melakukan solekan ini,anda boleh sahaja menggunakan berus yang anda sedia ada.
Baiklah,di dalam perkongsian kali ini saya akan menggunakan tema solekan cooper glitter untuk anda gayakan solekan ini di majlis Red Carpet.Walaupun sebelum ini saya pernah berkongsi solekan tema ini untuk di gayakan di majlis minum petang,namun tidak salah jika kita mencubakan dengan mempelbagaikan penggayaanya bukan?
Mari kita mulakan dengan langkah-langkahnya yang di mulai dengan kulit wajah:
- Pastikan kulit wajah anda sudah di bersihkan dan perp wajah anda menggunakan penyegar,di turuti dengan meratakan serem atau essence serta pelembab yang bersesuaian dengan jenis kulit anda untuk memastikan kulit anda akan nampak glowing walaupun dengan solekan.
- Biar selama 5-10 minit untuk memastikan kelembapan yang menyeluruh telah meresap ke kulit wajah anda.Seterusnya anda boleh memulakan sapuan cream yang bersesuaian di bahagian mata bagi menutupi masalah lingkaran mata gelap.Pastikan anda memilih warna yang bersesuaian dengan kulit dan ratakan sehingga menampakan permukaan yang lembut dan halus.
- Jika anda mempunyai maslah kulit berparut atau berjerawat anda boleh mengenakan krim corrector oren dan hijau jika perlu dan di bahagian warna kulit yang tidak sekata bolehlah anda ratakan dengan menggunakan concealer.Seperti biasa,pastikan ke semua ini di sapukan dengan nipis dan rata.Kini anda bolehlah meneruskan dengan meratakan Full Coverage Foundation.
- Setelah siap meratakan ke semua langkah di atas,kini anda bolehlah meratakan compact powder dan bake di bahagian bawah mata menggunakan loose powder.Jangan lupa juga untuk sapu loose powder pada bahagian bawah tulang pipi serta bahagian wajah yang mudah crack sperti smile line atau tepi hidung.
- Sekarang bolehlah di mulai dengan meratakan pembayang mata di bahagian mata dengan warna yang bersesuaian.
- Gayakan dengan eye liner dan mascara serta anda bolehlah menambah alis mata untuk menampakkan mata anda lebih menarik.
- Jangan lupa untuk mengemaskan bahagian kening mengikut bentuk kening yang bersesuaian dengan wajah anda.
- Untuk pemerah pipi bolehlah anda menggunakan warna -warna seperti rose dan tambahkan sedikit shimmer di bahagian-bahagian yang timbul seperti pipi,dagu,bahagian atas hidung dan bibir bagi menampakkan solekan lebih menyerlah.







Comments
Post a Comment