LATIHAN AMALI 1(FRESH LOOK)

 LAPORAN BASIC MAKEUP

TEMA:FRESH LOOK MAKEUP


NAMA:LIZAWATI BINTI SHAARI

NO MATRIK:A06STK21F501

TAJUK LAPORAN: LATIHAN AMALI 1(FRESH LOOK)

NAMA PENSYARAH:PUAN SITI NUR AIMA BINTI MOHD FAUZI


PENGENALAN 

Sememangnya solekan mampu menaikan seri pada wajah,namun solekan juga mampu menjadikan wajah kita kelihatan kusam atau nampak lebih berusia.Disini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang solekan yang mampu membuatkan wajah anda kelihatan segar dan cantik ketika anda hadir ke majlis-majlis khas seperti majlis nikah dan sebagainya.

Baiklah,untuk menampakan wajah kelihatan segar dan manis secara semulajadi,di sini saya berikan serba sedikit tips yang dapat membantu anda mengenakan solekan yang sesuai di samping dapat menjimatkan masa anda dengan tema solekan fresh look

1.Prep kulit muka anda dengan betul menggunakan penyegar,serum atau essence yang mampu mengekalkan kelembapan kulit anda atau pelembab yang sesuai.

2.Sediakan medium Full Coverage Foundation.

Jangan keliru dengan solekan nipis.Medium Full Coverage Foundation kerana ia adalah penting untuk pastikan kulit wajah anda kelihatan lebih sempurna dengan solekan yang dikenakan.Anda boleh meratakan foundation menggunakan  berus yang permukaan rata.Setelah itu anda boleh meratakan foundation menggunakan fluffy brush untuk meratakan garisan foundation yang keras.

3.Fresh under line.

Di bahagian ini sedikit rumit terutama jika anda mempunyai masalah lingkaran mata gelap.Bahan seperti corrector berwarna oren atau peach,concealer yang seakan kulit wajah anda di perlukan untuk menutupi bahagian lingkaran gelap di bawah mata.Ratakan senipis yang boleh dan ambil sedikit masa untuk medapatkan permukaan yang rata dan sempurna.

4.Rose checky

Pilih pemerah pipi berwarna rose atau pink lembut dan di sarankan agar menggunakan cream blush.

5.Liquid hightlighter.

Letakan liquid highlighter di bahagian pipi yang timbul untuk menyerlahkan lagi bahagian pipi.

6.Pembayang mata.

Untuk bahagian mata gunakan pembayang mata yang berwarna simple.Dengan warna yang lembut seperti soft pink  berserta shimmer di bahagian atas pembayang mata anda.

7.Mascara.

Penggunaan mascara untuk menampakan bulu mata anda kelihatan lebih tebal dan jangan lupa untuk melentikan  bulu mata anda menggunakan pelintik bulu mata sebelum anda mengenakan mascara.

Sekarang anda sudah siap dengan solekan fresh look untuk anda hadir ke majlis khas anda.


GAMBAR LAPORAN

SEBELUM



SELEPAS






KESIMPULAN
Di dalam solekan fresh look anda boleh mnegurangkan penggunaan foundation.Selain itu juga solekan ini tidak memerlukan peralatan seperti berus yang banyak atau bahan seperti foundation yang tebal sekali gus ia tidak mengambil masa yang panjang untuk anda lakukan solekan fresh look ini.Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

MALAY WEDDING CULTURE MAKEUP LOOK(LATIHAN AMALI 3)

LATIH TUBI(Kesan Torehan)

LATIH TUBI -kelopak bunga